Ahad, 25 April 2010



9 TOKOH YANG PATUT DICONTOHI


1. Siti Khadijah RA


beliau merupakan isteri Rasulullah SAW, seorang yang setia dan sentiasa menyokong perjuangan Rasulullah SAW walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik.


2. Siti Fatimah RA


beliau adalah puteri Rasulullah SAW yang ting budi pekertinya. seorang yang sangat kasih dan setia kepada suaminya Saidina Ali KWH walaupun beliau seorang yang miskin. pernah beliau tidur bekongsi bantal bersama suaminya,dan kadang-kadang berbantalkan lengan suaminya.


3. Siti Aisyah RA


beliau merupakan isteri Rasulullah SAW yang paling romantik,berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah SAW.


4. Siti Hajar RA


beliau adalah isteri Nabi Allah Ibrahim AS yang patuh kepada suami dan suruhan Allah,tabah bila ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah SWT demi kebaikan, berjuang mencari air untuk sikecil anaknya Nabi Ismail.


5. Siti Maryam RA


seorang wanita suci yang sangat menjaga kehormatan diri,sehingga rahimnya dipilih Allah untuk menghamilkan Nabi Isa AS.


6. Siti Asiah RA


isteri kepada fir'aun,sangat cekal bila berhadapan dengan suami yang zalim.sanggup diseksa demi mempertahankan iman dan agama allah.


7.Siti Aminah RA


ibu kandung kepada Rasulullah SAW,beliau mendidik rasulullah menjadi insan yang mulia walaupun ditinggalkan suami dalam keadaan beliau mengandungkan Rasulullah SAW.


8. Siti Muti'ah RA


seorang isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan oleh Allah jaminan syurga untuknya kerana setianya kepada suami,menjaga makan minum suaminya,menyediakan tongkat kepada suami untuk dipukul seandainya layanannya tidak memuaskan hati suaminya,seorang yang sentiasa berhias hanya untuk suami.


9.Siti Zubaidah RA


beliau merupakan isteri Khalifah Harun Al-Rashid.seorang wanita yang kaya dan dermawan. Membelanjakan semua hartanya untuk membiana terusan bagi kegunaan orang ramai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut


ANTARA KACA DAN PERMATA

ANTARA KACA DAN PERMATA
PILIH MANA????